RSS
SELAMAT DATANG KE BLOG PENGEMBARAAN MATEMATIK ~ LINUS NUMERASI TAHUN 1

Followers

Bajet 2012 ~ Mesra Sektor Pendidikan

Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Razakmemperuntukkan jumlah yang besar untuk
sektor pendidikan

Tema Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

  
---> penambahanbaikan sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina  dan Tamil,  sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan serta Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

---> semua yuran sekolah rendah dan menegah di semua sekolah kerajaan dimansuhkan

 ---> pemberiaan baucer sebanyak RM 200 ringgit kepada semua penuntut di Tingkatan enam,  Matrikulasi dan IPTA serta IPTS di seluruh negara.

--->bantuan persekolahan RM 100 diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari  tahun hingga tingkatan 5 di seluruh negara

1.     BELANJAWAN 2012 | Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

2.    BELANJAWAN 2012 | Bagi mengenang jasa Polis Khas dan Polis Tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis.

3.    BELANJAWAN 2012 | Pencarum KWSP boleh daftar awal giliran ibadat Haji melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak RM1,300.

4.    BELANJAWAN 2012 | Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam & swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6

5.    BELANJAWAN 2012 | Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan BONUS setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011. Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.
6.    BELANJAWAN 2012 | Bonus RM500 untuk Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan akan dibayar pada gaji bulan Disember.

7.    BELANJAWAN 2012 | RM200 Juta akan disediakan untuk melatih belia yang telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY 1Malaysia)

8 . BELANJAWAN 2012 | Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

9.  BELANJAWAN 2012 | Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor untuk membantu 4 Juta penduduk yg masih tinggal di kawasan berisiko.

10. BELANJAWAN 2012 | Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan
11. BELANJAWAN 2012 | RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.

12.  BELANJAWAN 2012 | 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

Ringkasan Belanjawan 2012 boleh ke SINI




kalau suka like lah! :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...