RSS
SELAMAT DATANG KE BLOG PENGEMBARAAN MATEMATIK ~ LINUS NUMERASI TAHUN 1

Followers

Aktiviti Murid : Mari mengenal nombor

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Murid yang masih tidak boleh mengenal dan menyebut nombor 1-9 dikategorikan sebagai murid linus tegar..Dengan kata lain, murid-murid ini tidak melepasi Konstruk 1 dan 2 semasa saringan LINUS dijalankan. Apa itu konstruk 1 dan Konstruk 2??

Konstruk 1 - Keupayaan mengenal pra nombor dan angka
Konstruk 2 - Keupayaan membilang

Bagaimana nak atasi masalah mengenal nombor ni ?

Jadi, pada entri kali ini, saya nak kongsi salah-satu aktiviti yang saya jalankan untuk murid-murid saya ni..




1.   Mula-mula,saya tunjukkan kad nombor 1-9. 


2.   Kemudian,saya minta murid melekatkan sticker bewarna mengikut bilangan nombor yang saya tulis.  Semasa aktiviti ini dilakukan, murid haruslah dibimbing .





3.   Dah siap,bimbing murid sebut nombor yang dah siap ditampal dengan sticker tu..Ajar mengira sekali..cikgu sebut..murid ikut..ulang le dua,tiga kali mengikut turutan...sambil kenal nombor,murid boleh belajar sekali topik nombor menaik...Aktiviti ini juga menarik jika dilakukan bersama rakan sebaya mereka. Sesekali merasa jadi 'cikgu' :-) tetapi masih dibawah seliaan guru.


4.Bagi mengelak rasa boring, saya  jalankan akitiviti mewarna pulak... Jadi, cari gambar yang ada nombor. Gambar ni tak banyak sangat nak warna,yelah kalau banyak nanti dengarle bunyi "cikgu penat le....".Apa yang menarik,gambar ni dah dibahagi-bahagi setiap bahagian.Pada bahagian-bahagian itu ada tertulis nombor 1-9. Contoh:nombor 1=merah. Jadi sambil kenal nombor,murid belajar kenal warna juga...


6.Seterusnya,apa lagi..mari mewarna..macam biasa cikgu kena bimbing..kalau tak semua dia warna dengan warna biru jer..hehe..Macammana nak bimbing..

Langkah 1:Cikgu kena beri arahan,contohnya warnakan nombor 1 warna merah..suruh murid ambil warna merah...jika murid tak kenal warna, bimbing murid. Warna merah seperti warna darah..mesti murid tahu..suruh murid sebut lagi..warna merah macam apa lagi?banyak le jawapan yang kita dengar nanti...

Langkah 2:Tengok mana nombor 1 kat gambar tu..suruh dia warnakan..cari lagi mana nombor 1..suruh dia warnakan semua nombor 1dengan warna merah..

Langkah 3:Kalau murid tak kenal nombor tunjukkan kad nombor yang di tampal sticker tadi untuk rujukan..kad ni penting terutama murid yang tengok abjad bila ditulis jadi terbalik...contoh nombor 6 jadi nombor 9.

Langkah 4:Pantau murid warna dari nombor 1 hingga 9.


...akhirnya..dah siap..



Kalau masih tak ingat juga,kita boleh print lagi gambar-gambar lain(kalau nak gambar2 macam ni klik kat sini dan bagi lagi dekat murid...sampai satu tahap..dah tak perlu bagi arahan...dia buat sendiri je...siap wish lagi.."cikgu carilah gambar Ben 10 pulak..."

Selamat Mencuba..

p/s : ~~~~thanks to proudmummy.com .

kalau suka like lah! :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

cikgu pija said...

menarik... harap dpt share lg maklumat linus sbb saya baru pertama kali mengajar linus numerasi...

t.kasih

Cikgu Fira said...

terima kasih cikgu pija...
insyaAllah... nanti saya akan share! terima kasih kerana singgah sini. Semoga bermanfaat...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...